TVET Bukan Lagi Pilihan Kedua, Ramai Lepasan SPM Kini Berebut Tempat
Dulu ramai menganggap TVET hanya untuk pelajar yang tidak berjaya ke universiti. Namun hari ini, keadaan sudah berubah sama sekali. Permohonan TVET Melonjak lebih dari 2 kali ganda.
Permohonan ke institusi TVET kini melonjak lebih dua kali ganda, membuktikan semakin ramai lepasan SPM melihat TVET sebagai laluan utama untuk membina kerjaya yang stabil dan bergaji tinggi.
Menurut data terkini, permohonan melalui portal UP_TVET meningkat kepada kira-kira 209,000 permohonan, berbanding sekitar 90,000 pada tahun sebelumnya. Malah, permohonan ke Kolej Vokasional turut meningkat daripada 28,098 (2022) kepada 58,263 (2026).
Lebih menarik, kadar kebolehpasaran graduan TVET kekal sangat tinggi, sekitar 95% hingga 98%, bergantung kepada institusi. Ini menunjukkan graduan TVET mempunyai peluang cerah untuk memasuki pasaran kerja sebaik sahaja tamat pengajian.

Kenapa TVET semakin menjadi pilihan?
- ✅ Peluang pekerjaan tinggi
- ✅ Kemahiran diiktiraf industri
- ✅ Laluan ke diploma dan ijazah
- ✅ Bidang AI, robotik, semikonduktor, automotif dan tenaga hijau semakin berkembang
- ✅ Gaji permulaan yang kompetitif mengikut bidang dan kemahiran
Bagi lepasan SPM yang masih membuat pilihan, perkembangan ini menunjukkan bahawa TVET bukan lagi “plan B”, tetapi satu laluan pendidikan yang semakin mendapat kepercayaan industri dan masyarakat.
👉 Permohonan dan maklumat rasmi TVET: https://mohon.tvet.gov.my/
📚 Baca Juga di CikguDigital
- 👉 https://cikgudigital.my/tvet-malaysia/
- 👉 https://cikgudigital.my/cara-mohon-tvet-malaysia/
- 👉 https://cikgudigital.my/tvet-selepas-spm/
- 👉 https://cikgudigital.my/skm-tahap-1-hingga-5/
- 👉 https://cikgudigital.my/tvet-boleh-kerja-apa-senarai-kerjaya-gaji-laluan-kerjaya-2026-guide-lengkap/
- 👉 https://cikgudigital.my/tips-belajar-spm-2026/